Sunday 15 January 2017

Little Witch Academia (2017) - Episod 01 Malay Sub




Informasi:

Jenis: Movie | Episod: ? | Status: Sedang Bersiaran (Bermula 9 Jan 2017) | Musim Sejuk
Pengeluar: Ultra Super Pictures, TOHO animation, Good Smile Company
Studio: Trigger | Sumber: Original
Genre: Pengembaraan, Komedi, Kuasa ajaib, Fantasi, Sekolah | Durasi: 24 min
Rating: PG - 13



Sinopsis:

Anime bersiri ini merupakan karya baharu dan bukan sambungan kepada dua filem yang lalu iaitu, Little Witch Academia (2013) dan Little Witch Academia: The Enchanted Parade (2015).
Bagi sesiapa yang meminati cerita Harry Potter, pasti akan tertarik dengan anime ini.

Akko Kagari, seorang gadis 'Muggle' yang berhasrat ingin menjadi penyihir sejak berusia 6 tahun selepas menyaksikan persembahan sihir Shiny Chariot. Demi menjadi seorang penyihir yang hebat seperti idolanya, dia perlulah belajar di Akademi Luna Nova, sebuah institut pendidikan khas untuk penyihir muda. Semasa dalam perjalanan ke akademi pada hari pertama, Akko telah bertemu dengan Lotte Yanson dan Sucy Manbavaran. Mereka tidak boleh terlewat ke akademi, kerana akan diusir selama-lamanya dari dunia sihir. Tanpa diduga, kemalangan telah berlaku menyebabkan mereka tiba di Hutan Larangan Arcturus...

Little Witch Academia: Mahoujikake no Parade (2015) Malay Sub




Informasi:

Nama lain: Little Witch Academia: The Enchanted Parade
Jenis: Movie | Episod: 1 | Status: Telah disiarkan (9 Okt 2015)
Pengeluar: Half H.P Studio, TOHO animation, Good Smile Company
Studio: Trigger | Sumber: Original
Genre: Pengembaraan, Komedi, Kuasa ajaib, Fantasi, Sekolah | Durasi: 53 min
Rating: PG - 13



Sinopsis:

Akko, Sucy dan Lotte dihukum melakukan perarakan dalam sebuah festival yang akan diadakan di sebuah kota berdekatan dengan Akademi Luna Nova kerana sering menyebabkan pelbagai masalah semasa berada di dalam kelas. Jika gagal menjayakan perarakan itu, mereka bakal menghadapi risiko dibuang akademi. Akko cuba mengambil kesempatan ini untuk menunjukkan kepada orang ramai betapa hebatnya penyihir moden dengan rancangan 'Projek Happy Time' yang penuh dengan persembahan sihir, tetapi ditentang oleh Lotte kerana bekalan kuasa sihir mereka akan dihadkan serta menghadapi masalah kekurangan kuasa sihir semasa berada di kota...

Sunday 8 January 2017

Akademi Penyihir Muda 2013 (Little Witch Academia) Malay Sub




Informasi:

Jenis: Movie | Episod: 1 | Status: Telah disiarkan (2 Mac 2013)
Studio: Trigger | Sumber: Original
Genre: Pengembaraan, Komedi, Kuasa ajaib, Fantasi, Sekolah | Durasi: 26 min
Rating: PG - 13



Sinopsis:

Kisah mengenai seorang gadis bernama Atsuko Kagari (digelar Akko), yang pernah menyaksikan sebuah pertunjukan sihir yang dilakukan oleh Shiny Chariot semasa dia masih kecil.  Dia amat mengagumi Chariot dan berazam ingin menjadi seorang penyihir hebat sepertinya. Beberapa tahun kemudian, Akko berjaya masuk ke sebuah akademi perempuan khas, yang menumpu kepada ilmu sihir.  Masalahnya, Akko bukan berasal daripada keluarga penyihir dan langsung tidak mempunyai asas ilmu sihir...